? ??????????????Scribbly Hearts? ????? ?? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??0 Grabs Today. 279 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Hearts Circles? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 1453 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Eas BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, August 22, 2009

SaAt terIndaH dAlaM hiduPku~MAMa MIA~


Assalammualaikum sebagai pembuka kata kepada semua bloggers yg sudi menerjah blog Mama Mia yg tak seberapa nie..Akhirnya mama dapat jugak siapkan blog nie..bukan pe..mama nie wanita yang bz bekerja jadi tak de banyak mase nak ngadap depan pc wat blog.Tapi tak pe..mama cube untuk curi2 masa up date blog mama nie sekerap mungkin.


Sebagai permulaan nie mama nak sangat berkongsi pengalaman pertama mama melahirkan puteri sulung mama yg sangat mama sayangi nie.Sebenarnye penantian mama tak la lame mane pun sebab tak sampai empat bulan mama mendirikan masjid dengan insan tersayang,mama disahkan hamil..syukur..mama dikurniakan rezeki lebih awal..Mama imbas kembali saat2 nak melahirkan puteri mama nie..

18Jun09..hari yang tak mungkin akan mama lupakan seumur hidup mama kerana pada hari tersebut lah puteri sulung mama dilahirkan ke dunia.Tak sangka pula mama akan melahirkan puteri mama awal dari apa yang doktor jangkakan.Mengikut apa yang doktor ramalkan..puteri mama bakal dilahirkan pada 1Julai09.

16Jun09...Mama masih bekerja seperti biasa..tetapi waktu tue di pejabat mama sudah mula berasa agak berlainan dari hari2 yang sebelumnya kerana kerap sangat ke bilik air..Kebetulan esoknya mama memang mempunyai temujanji pemeriksaan di Pusat Perubatan Al-Islam,Kampung Baru.Mama sengaja memilih hospital swasta kerana bagi mama biarlah kelahiran pertama ini memberi kenangan manis buat mama.Bukan tidak percaya pada kebolehan Hospital kerajaan tetapi bila mendengar cerita dan pengalaman rakan2 yang bersalin di Hospital kerajaan,sangat menakutkan dan menggerunkan..mama bukanlah mahukan layanan yang berlebih-lebih,tetapi memandangkan ini kelahiran yang pertama,biarlah segala2nya berjalan dengan baik.Lagipun suami mama sendiri membuat permintaan agar biarlah doktor wanita yang membuat pemeriksaan ke atas diri mama.Alhamdulillah mama mendapat seorang doktor wanita yang menjaga kehamilan mama dari berusia 1 bulan sehinggalah selamat melahirkan.

17Jun09...Mama ke Hospital Pakar Al-Islam untuk melakukan pemeriksaan.Waktu tue mama pergi bersendirian kerana suami mama yang tercinta tak dapat menemani mama kerana urusan kerja.Pemeriksaan kali nie doktor seluk bhgian bawah dan mengatakan bukaan mama sudah 1sm.Disebabkan masih 1sm..doktor menyuruh mama balik ke rumah dulu dan berpesan supaya jika terasa sakit dalam waktu terdekat,mama hendaklah segera ke hospital..Masih mama ingat yang mama hanya berjalan kaki dari Hospital ke stesyen lrt Kampung Baru ketika itu.Habis mama kene marah ngan suami tercinta..hehheh..mama pun tak tahu kenapa la mama nak sangat naik lrt masa tue,padahal mama boleh jek naik teksi balik ke rumah..Malamnye pulak mama sempat mengajak suami membeli barang di Jaya Jusco dan sempat lagi makan Piza Hut dengan berseleranya!Mengidam yang terakhir la tue kiranya..

Malamnye pada pukul 10pm..mama dapat rasakan sakit yang berlainan..sakit di perut semakin kerap..tanpa membuang masa mama segera mengajak suami ke Hospital dan malam itu juga mama dimasukkan ke wad.Ketika itu bukaan sudah 2sm!walaupun mama telah diberikan ubat penahan sakit,tetapi mama masih tidak boleh tido dengan lenanya dan ada masanya sakit di perut masih terasa.Suami mama pula tidak balik ke rumah pada malam tersebut dan sanggup menemani mama walaupun terpaksa tido di dalam kereta.Mama sempat memohon maaf pada suami tercinta dan meminta agar dia berdoa smoga mama dan baby kami selamat.Terima kasih banyak papa..

18Jun09...Awal pagi lagi mama sudah diberi ubat membuang air besar.Tepat 8.30am mama dibawa ke bilik bersalin..ketika itu hanya mama seorang saja pesakit yang hendak bersalin jadi keadaan lebih tenang dan selesa.

10am..suami mama di benarkan masuk ke bilik bersalin dan menemani mama sementara menunggu saat mama melahirkan.Sepanjang berada di bilik bersalin bersama suami adalah kenangan yang tak mungkin mama lupakan sepanjang hayat.Terharu sungguh mama melihat kesungguhan suami mama menenangkan mama ketika itu..dia membacakan doa di permudahkan bersalin untuk mama dan sepanjang masa dia membacakan selawat ditelinga mama agar mama lebih tenang dan tidak merasa takut.

10.30am..Misi ada bertanya pada mama sama ada mahu mengambil bius epidural atau tidak..mama ada terbaca di majalah PA&MA mengenai bius ini yang akan membuat pesakit tidak merasa sakit sewaktu melahirkan dan keadaan pesakit juga lebih tenang ketika proses melahirkan..tetapi waktu itu mama betul2 buntu sama ada mahu mengambilnya ataupun tidak.Kosnya agak mahal tetapi suami mama mahu mama mengambilnya kerana dia tidak sanggup melihat mama yang kesakitan ketika itu.Ternyata papa terlalu sayangkan mama..terima kasih papa..Walaupun mama tahu kebaikan bius tersebut tapi hati mama tetap ragu2..jadi mama sempat menelefon ibu mama dan bertanyakan pendapat ibu.Akhirnya mama mengambil keputusan untuk tidak mengambil bius tersebut kerana mama ingin merasai sendiri pengalaman saat melahirkan.Terima kasih banyak ibu..kerana ibulah mama tidak mengambil bius tersebut.

Tidak lama kemudian doktor masuk ke bilik dan memecahkan air ketuban..kali ini ketika doktor memeriksa bukaan sudah 8sm..doktor masih mahu menunggu sehingga bukaan 10sm baru mama boleh melahirkan.Sewaktu menunggu itulah sakitnya hanya TUHAN sahaja yang tahu!Tidak lama selepas itu mama sudah merasakan sesuatu yang akan keluar..mama cepat2 menyuruh papa memanggil misi dan hanya dengan beberapa minit sahaja doktor dan misi telah berada di hadapan mama dan masih mama teringat kata2 doktor "nazira..jangan angkat punggung ye..nanti jahitan lebih banyak"..mama hanya menurut kerana mama sememangnye takut dengan jahitan..tiba2 mama terdengar doktor berkata lagi "dah nampak kepala!"..tanpa mama duga hanya dengan 2 kali teran,puteri mama selamat dilahirkan ke dunia tepat 12.30pm.Begitu mudah proses mama melahirkan walaupun sakitnya teramat sangat..SYUKUR ALHAMDULILLAH semuanya dipermudahkan olehNYA.Jahitan mama pun tak banyak..sebab mama ikut kata2 doktor..hehehhe..Maka tepat pada pukul 12.30 tengahari selamatlah mama melahirkan puteri seberat 2.39kg yang di beri nama NUR ALYA DAMIA BINTI IBRAHIM a.k.a N.A.D.I..Nadi hati mama dan papa..tanpa NADI ini maka tidak bernafaslah mama..sesungguhnya mama dan papa terlalu menyayangi Nur Alya Damia.Semoga sayang mama menjadi anak yang solehah dan banyak berjasa kepada ke dua orang tua bila dewasa kelak..AMIN.