? ??????????????Scribbly Hearts? ????? ?? ???Rating: 0.0 (0 Ratings)??0 Grabs Today. 279 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Hearts Circles? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 1453 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Eas BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, October 10, 2009

jAlan-jAlan bErAya

Memandangkan skang sume still dalam mood berhari raya dan sume pun sibuk menghadiri rumah terbuka..mama pun nak gaks kongsi cite mama bawak Damia jenjalan g beraya.Minggu lepas mama sempat bawak princess mama nie beraya umah kawan ofis mama kat wangsa maju.Rumah nie wajib pegi coz time mama pregnantkan Damia dulu,kawan mama nie pun pregnantkan anak die yang ketiga.Jadi kami banyak berkongsi pengalaman dan sering bersama time dkat ofis.Dia bersalin pun xsampai sebulan sebelum mama melahirkan puteri mama..jadinya anak kami sebaya!

So mama pun potretkan la gambar mereka berdua..da macam kawan baik..hehhe..


Adlina Yasara n Nur Alya Damia




Monday, September 28, 2009

~mUke sapE ek..??~

haa..yang nie bukan nak berteka-teki..tapi mama saje nak kongsi pendapat ngan kengkawan sume tentang iras wajah puteri mama nie.Pic kat bawah nie adik mama tangkap konon nak tunjuk betapa panjangnya bulu mata anak buah dia.Nak kata ikut bulu mata mama..bukan..bulu mata papa lagilah tak sama.Tapi mama cukup suke tengok bulu mata nie coz meletik lain macam..senanglah bila Damia da besar nanti,tak payahlah susah2 nak lentikkan bulu mata macam mama..hehhehee..untung anak mama nie.
kalo citer pasal hidung pulak..ramai yang cakap hidung Damia ikut hidung papa dia..hidung mancong!!hehhe..ikut belah penang la pulak...nampaknya tak ada satu pun yang ikut mama..huuu..memang anak papa betullah sayang mama nie..orang cakap kalau anak perempuan ikut muka papa..sejuk sket..apa yang sejuk pun mama tak tau.Mama tak kisah..yang penting anak mama sentiasa sihat dan cerdas..AMIN..
Moh kite belek muka Nur Alya Damia nie..cam muke sape ek..??

'
'


''



''






Sunday, September 27, 2009

"kaMi beRAya laGi"


Hari nie mama memang ada masa nak update blog mama nie coz puteri mama beradu agak lama..biasanya dari pagi dia meragam,bila petang jek dia penat..so masa nie lah mama boleh buat kerja2 mama yang terbengkalai.Dalam post yang sebelum nie mama da upload pic time raya hari tue..tapi mama still x puas hati lagi coz dalam simpanan mama masih banyak lagi gambar2 mama berposing dengan buah hati mama.Mama teringin nak kongsi dengan semua kengkawan gambar mama berposing nie..tapi jangan terkejut la kalau tengok muka mama agak tembam sket..hehhehe..sejak melahirkan Damia hari tue berat badan mama naik.Takde la naik banyak mane pun..kira sedang2 elok la coz mama time zaman anak dara dulu kecik jek..so bila naik nie kire orait la..hehheh..
Mama tak nak membebel panjang2..mOh kite belek pic mama dengan buah hati mama nie..

"


"


"




Saturday, September 26, 2009

pErmata haTi paPa

Papa Damia nie memang tak suka sangat berposing depan kamera macam mama..tapi time raya hari tue mama paksa dia gak!Nasib baik papa sporting..so dia pun buat la macam2 aksi dengan permata hati dia tue.Damia tak yah citer la..dia memang suke sengih depan kamera.Lagi2 kalau ade orang dukung and agah2 dia..ketawa terkekek-kekek..macam orang besar! jOm kite terjah pic yang mama upload nie..Semua pic Damia dengan Papa dia bersuka ria...

''


''


''

pandang kamera sayang..


buah hati mama


riang gUmbira


papa agah Damia


sEnyum saYang


agah lagi..


sEntiasa tersenyum


papa yang over!


NADI@PakSu Ajay


daLam kesibukan berhari raya,paksu Damia nie pun sibuk gak nak amik gambar dengan anak buah kesayangan dia.Paksu Ajay nie adik bongsu mama..satu2nya adik lelaki yang mama ada.Dia memang manjakan sangat anak buah dia nie..kadang2 bila Damia buang air besar,dialah yang rajin mencuci.Jarang nak tengok budak lelaki cuci najis baby nie..tapi dia selumber jek..

maMa ada upload gamba paksu ajay dukung Damia time kitorang on da way beraya di JB..jOm terjah!

"


"


"







DaMia..maMa...paPa@beRaya


Selamat hari raya aidilfitri buat semua bloggers..harap2 tak lambat lagi buat mama untuk ucapkan selamat hari raya,maklumlah mama agak sibuk akhir2 nie jadi mama memang tak ada masa nak terjah blog mama nie.Banyak benda yang mama nak citer tapi disebabkan sibuk dengan macam2 urusan maka tergendalalah agenda mama dengan blog nie.Tapi hari nie mama curi2 masa jap untuk update blog nie khas untuk tatapan semua yang nak tengok latest pic puteri mama Nur Alya Damia beraya.

Yang mama upload nie semua pic time raya..Damia seronok sangat bila mama bawak jalan2 raya.Muka asik sengih jek..mama pun sengih gak coz dapat kutip duit raya untuk sicOmel..hehhe..Sepatutnya tahun nie giliran balik kampung mama,tapi disebabkan raya ketiga ibu mama@wan Damia nak bawak kami g jenjalan Johor Bahru so terpaksalah raya pertama bawak Damia balik kampung papa dulu kat Jengka..raya ke2 terus cabut balik Negeri Sembilan..hehhe..maMa tak kisah coz yang penting Damia beraya dengan maMa n paPa dia.Jom terjah pic kami beraYA!

"


"


depan uMa paPa kat kamPung



suke ngaT Damia beRaya



raYa ke2



raya uMah kawan Mama kat reMbau



keluarga bahgia

Wednesday, September 16, 2009

Berbuka Di Pan Pacific~~yUm..yuM..




Yum..yuM..ari nie mama nak cite pasal invitation berbuka yang mama dapat dari hotel Pan Pacific KLIA.Disebabkan mama kerja di bahagian urusan hotel untuk penumpang MAS,mama dapat invitation berbuka di Pan Pacific KLIA..jadi mama pun turut serta la sebab mama nie kalau bab makanan memang tak boleh ketinggalan..lebey2 lagi skang nie mama jadi "breast feed mama" so lagi banyak la mama kene makan.Nasib baik la NADI mama dijaga oleh ibu kesayangan mama..jadi mama tak ada la risau sangat nak tinggalkan dia sekejap.thank you soo much ibu!Tapi sepanjang di hotel,kepala asyik ingat NADI jek..aduii..memang susah la mama nak pergi mana2 function lagi lepas nie..inilah penangan bila da ada anak nie.Syukurlah princess mama tue di jaga oleh orang tua mama..kalau tak sure hati mama lagi tak tenang.

SO time dekat Pan Pacific tue..mama belasah la makan apa jek yang mama suke..hampir semua makanan mama telan!huii..memang kenyang dan makanan dekat sana pun sangat2 menyelerakan.Kalau nak pergi menggunakan wang sendiri alamatnya memang tak merasa lah mama makan dekat hotel 5 bintang macam tue..inilah dikatakan rezeki dibulan ramadhan..huhuuu..rezeki makanan jangan ditolak!Hope tahun depan dapat lagi la invitation macam nie..hehhehe..


Saturday, August 22, 2009

SaAt terIndaH dAlaM hiduPku~MAMa MIA~


Assalammualaikum sebagai pembuka kata kepada semua bloggers yg sudi menerjah blog Mama Mia yg tak seberapa nie..Akhirnya mama dapat jugak siapkan blog nie..bukan pe..mama nie wanita yang bz bekerja jadi tak de banyak mase nak ngadap depan pc wat blog.Tapi tak pe..mama cube untuk curi2 masa up date blog mama nie sekerap mungkin.


Sebagai permulaan nie mama nak sangat berkongsi pengalaman pertama mama melahirkan puteri sulung mama yg sangat mama sayangi nie.Sebenarnye penantian mama tak la lame mane pun sebab tak sampai empat bulan mama mendirikan masjid dengan insan tersayang,mama disahkan hamil..syukur..mama dikurniakan rezeki lebih awal..Mama imbas kembali saat2 nak melahirkan puteri mama nie..

18Jun09..hari yang tak mungkin akan mama lupakan seumur hidup mama kerana pada hari tersebut lah puteri sulung mama dilahirkan ke dunia.Tak sangka pula mama akan melahirkan puteri mama awal dari apa yang doktor jangkakan.Mengikut apa yang doktor ramalkan..puteri mama bakal dilahirkan pada 1Julai09.

16Jun09...Mama masih bekerja seperti biasa..tetapi waktu tue di pejabat mama sudah mula berasa agak berlainan dari hari2 yang sebelumnya kerana kerap sangat ke bilik air..Kebetulan esoknya mama memang mempunyai temujanji pemeriksaan di Pusat Perubatan Al-Islam,Kampung Baru.Mama sengaja memilih hospital swasta kerana bagi mama biarlah kelahiran pertama ini memberi kenangan manis buat mama.Bukan tidak percaya pada kebolehan Hospital kerajaan tetapi bila mendengar cerita dan pengalaman rakan2 yang bersalin di Hospital kerajaan,sangat menakutkan dan menggerunkan..mama bukanlah mahukan layanan yang berlebih-lebih,tetapi memandangkan ini kelahiran yang pertama,biarlah segala2nya berjalan dengan baik.Lagipun suami mama sendiri membuat permintaan agar biarlah doktor wanita yang membuat pemeriksaan ke atas diri mama.Alhamdulillah mama mendapat seorang doktor wanita yang menjaga kehamilan mama dari berusia 1 bulan sehinggalah selamat melahirkan.

17Jun09...Mama ke Hospital Pakar Al-Islam untuk melakukan pemeriksaan.Waktu tue mama pergi bersendirian kerana suami mama yang tercinta tak dapat menemani mama kerana urusan kerja.Pemeriksaan kali nie doktor seluk bhgian bawah dan mengatakan bukaan mama sudah 1sm.Disebabkan masih 1sm..doktor menyuruh mama balik ke rumah dulu dan berpesan supaya jika terasa sakit dalam waktu terdekat,mama hendaklah segera ke hospital..Masih mama ingat yang mama hanya berjalan kaki dari Hospital ke stesyen lrt Kampung Baru ketika itu.Habis mama kene marah ngan suami tercinta..hehheh..mama pun tak tahu kenapa la mama nak sangat naik lrt masa tue,padahal mama boleh jek naik teksi balik ke rumah..Malamnye pulak mama sempat mengajak suami membeli barang di Jaya Jusco dan sempat lagi makan Piza Hut dengan berseleranya!Mengidam yang terakhir la tue kiranya..

Malamnye pada pukul 10pm..mama dapat rasakan sakit yang berlainan..sakit di perut semakin kerap..tanpa membuang masa mama segera mengajak suami ke Hospital dan malam itu juga mama dimasukkan ke wad.Ketika itu bukaan sudah 2sm!walaupun mama telah diberikan ubat penahan sakit,tetapi mama masih tidak boleh tido dengan lenanya dan ada masanya sakit di perut masih terasa.Suami mama pula tidak balik ke rumah pada malam tersebut dan sanggup menemani mama walaupun terpaksa tido di dalam kereta.Mama sempat memohon maaf pada suami tercinta dan meminta agar dia berdoa smoga mama dan baby kami selamat.Terima kasih banyak papa..

18Jun09...Awal pagi lagi mama sudah diberi ubat membuang air besar.Tepat 8.30am mama dibawa ke bilik bersalin..ketika itu hanya mama seorang saja pesakit yang hendak bersalin jadi keadaan lebih tenang dan selesa.

10am..suami mama di benarkan masuk ke bilik bersalin dan menemani mama sementara menunggu saat mama melahirkan.Sepanjang berada di bilik bersalin bersama suami adalah kenangan yang tak mungkin mama lupakan sepanjang hayat.Terharu sungguh mama melihat kesungguhan suami mama menenangkan mama ketika itu..dia membacakan doa di permudahkan bersalin untuk mama dan sepanjang masa dia membacakan selawat ditelinga mama agar mama lebih tenang dan tidak merasa takut.

10.30am..Misi ada bertanya pada mama sama ada mahu mengambil bius epidural atau tidak..mama ada terbaca di majalah PA&MA mengenai bius ini yang akan membuat pesakit tidak merasa sakit sewaktu melahirkan dan keadaan pesakit juga lebih tenang ketika proses melahirkan..tetapi waktu itu mama betul2 buntu sama ada mahu mengambilnya ataupun tidak.Kosnya agak mahal tetapi suami mama mahu mama mengambilnya kerana dia tidak sanggup melihat mama yang kesakitan ketika itu.Ternyata papa terlalu sayangkan mama..terima kasih papa..Walaupun mama tahu kebaikan bius tersebut tapi hati mama tetap ragu2..jadi mama sempat menelefon ibu mama dan bertanyakan pendapat ibu.Akhirnya mama mengambil keputusan untuk tidak mengambil bius tersebut kerana mama ingin merasai sendiri pengalaman saat melahirkan.Terima kasih banyak ibu..kerana ibulah mama tidak mengambil bius tersebut.

Tidak lama kemudian doktor masuk ke bilik dan memecahkan air ketuban..kali ini ketika doktor memeriksa bukaan sudah 8sm..doktor masih mahu menunggu sehingga bukaan 10sm baru mama boleh melahirkan.Sewaktu menunggu itulah sakitnya hanya TUHAN sahaja yang tahu!Tidak lama selepas itu mama sudah merasakan sesuatu yang akan keluar..mama cepat2 menyuruh papa memanggil misi dan hanya dengan beberapa minit sahaja doktor dan misi telah berada di hadapan mama dan masih mama teringat kata2 doktor "nazira..jangan angkat punggung ye..nanti jahitan lebih banyak"..mama hanya menurut kerana mama sememangnye takut dengan jahitan..tiba2 mama terdengar doktor berkata lagi "dah nampak kepala!"..tanpa mama duga hanya dengan 2 kali teran,puteri mama selamat dilahirkan ke dunia tepat 12.30pm.Begitu mudah proses mama melahirkan walaupun sakitnya teramat sangat..SYUKUR ALHAMDULILLAH semuanya dipermudahkan olehNYA.Jahitan mama pun tak banyak..sebab mama ikut kata2 doktor..hehehhe..Maka tepat pada pukul 12.30 tengahari selamatlah mama melahirkan puteri seberat 2.39kg yang di beri nama NUR ALYA DAMIA BINTI IBRAHIM a.k.a N.A.D.I..Nadi hati mama dan papa..tanpa NADI ini maka tidak bernafaslah mama..sesungguhnya mama dan papa terlalu menyayangi Nur Alya Damia.Semoga sayang mama menjadi anak yang solehah dan banyak berjasa kepada ke dua orang tua bila dewasa kelak..AMIN.